top of page

ELEKTROLISIS SEBATIAN ION LEBUR

Elektrolisis Leburan Plumbum Bromida

Rajah di atas menunjukkan alat radas yang digunakan untuk mengkaji proses elektrolisis plumbum(II) bromida.

•Dalam elektrolisis, plumbum (II) bromida dilebur untuk menghasilkan ion-ion Pb2+ dan Br-

•Proses elektrolisis bermula sebaik sahaja pepejal plumbum(II) bromida mula melebur.

DI KATOD

Ion yang hadir: Pb2+

Pemerhatian: Butir-butir plumbum terbentuk di katod.

Penerangan: Ion plumbum (II), Pb2+ dinyahcaskan dengan menerima 2 elektron daripada elektrod dan membentuk logam plumbum.

Persamaan Separuh: Pb2+ + 2e ---> Pb

DI ANOD

Ion yang hadir: Br-

Pemerhatian: Gas berbau sengit dan berwarna perang kemerahan dibebaskan.

Penerangan: Ion bromida, Br- dinyahcaskan dengan melepaskan satu elektron dan membentuk atom bromin. Dua atom bromin bergabung membentuk molekul bromin, Br2.

Persamaan Separuh: 2Br- ---> Br2 + e

 

Maka, Persamaan Kimia Keseluruhan: PbBr2 ---> Pb + Br2

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

Join my mailing list

bottom of page