ELEKTROLISIS DALAM INDUSTRI
PENGEKTRAKAN LOGAM
​
Rajah di bawah menunjukkan cara pengekstrakan logam bagi logam yang berlainan.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
-
Emas dan perak (argentum) tidak perlu diekstrakan kerana ia wujud dalam bentuk unsur di dalam alam semula jadi.
-
Kuprum dan merkuri dapat diekstrakan dengan membakar sebatiannya di dalam udara.
-
Bagi logam yang kurang reaktif daripada karbon seperti plumbum, stanum, ferum dan zink, ia diekstrakan daripada sebatiannya dengan cara penurunan oleh karbon.
-
Logam-logam yang aktif seperti natrium, kalsium, atau aluminium diperolehi daripada sebatiannya melalui proses elektrolisis.
-
Ini kerana logam-logam ini tidak dapat diekstrakkan dengan cara penurunan oleh karbon.
​
​
PENGEKSTRAKAN ALUMINIUM
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
1.Rajah di atas menunjukkan alat radas yang digunakan untuk pengekstrakan aluminium di dalam industri dengan menggunakan kaedah elektrolisis.
2.Dalam SPM, anda perlu tahu
¤jenis elektrolit yang digunakan.
¤bahan yang digunakan sebagai anod dan katod
¤tindak balas kimia di anod dan katod.
¤mengapakah kriolit ditambah ke dalam bausit lebur?
3.Aluminium ialah bahan yang terdapat dalam bausit.
4.Kriolit dicampurkan kepada aaluminuim oksida untuk merendahkan takat lebur aluminium oksida daripada 2000°C kepada 980°C.
​
Elektrolit: Bausit lebur (Aluminium Oksida).
Al2O3→ 2Al3+ + 3O2-
Elektrod:
Anod: Grafit
Katod: Grafit
Tindakbalas Kimia
Anod:
2O2- → O2 + 4e
Ion oksida sinyahcaskan untuk membentuk gas oksigen. Gas oksigen dikumpulkan untuk kegunaan industri lain.
Katod
Al3++ + 3e → Al
Ion aluminium dinyahcaskan untuk membentuk logam aluminium
​
​
PENYADURAN LOGAM
​
1.Penyaduran ialah proses yang dijalankan untuk menyalut permukaan suatu alat logam dengan suatu lapisan logam lain yang nipis dan sekata.
2.Tujuan utama penyaduran ialah:
¤Mencegah kakisan. Contohnya kromium dan nikel disadurkan kepada besi untuk mengelakkan besi daripada berkarat.
¤Menambah kecantikan. Contohnya logam yang tidak cantik permukaannya disadurkan dengan emas atau platinum untuk menambahkan kecantikannya.
3.Dalam proses penyaduran logam
¤Logam penyadur dijadikan sebagai anod.
¤Logam disadur dijadikan katod.
¤Elektrolit mesti mengandungi ion-ion logam penyadur
​
penyaduran kunci dengan logam kuprum
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
1.Sebatang kunci besi dibersihkan dengan kertas pasir dan dijadikan sebagai katod.
2.Rod kuprum dijadikan sebagai anod.
3.Larutan kuprum(II) sulfat dijadikan sebagai elektrolit.
4.Kedua dua anod dan katod disambungkan kepada punca elektrik.
5.Arus elektrik kecil digunakan untuk penyaduran yang perlahan untuk mendapatkan lapisan yang rata dan kuat.
​
Elektrolit:
Kuprum(II) sulfat: CuSO4 ---> Cu2+ + SO42-
Elektrod:
Anod: Kuprum
Katod: Kunci (Objek disadur)
Tindakbalas Kimia
Anod:
Cu ---> Cu2+ + 2e
Di anod kuprum terlarut di dalam elektrolit. Atom-atom kurpum diionkan dan ion-ion Cu2+dibebaskan.
Katod
Cu2+ ---> Cu + 2e
Di katod, ion-ion Cu2+ dinyahcas untuk membentuk atom-atom kuprum. Logam kuprum terbentuk sebagai lapisan pada sudu besi.
​
Nota Tambahan
Untuk mendapatkan lapisan penyadur yang rata dan kuat (kekal dan tahan):
(a) Permukaan objek yang disadur dibersihkan dengan kertas pasir.
(b) Arus elektrik yang kecil dan proses penyaduran elektrik dijalankan perlahan-lahan.
(c) Objek yang disadur diputar secara perlahan-lahan semasa elektrolisis dijalankan.
​
​
PENULENAN LOGAM
​
1.Kuprum ialah konduktor elektrik yang baik. Bagaimanapun, bendasing di dalam kuprum boleh menyebabkan kekonduksiannya merosot. Oleh itu, kuprum perlu ditulenkan untuk meningkatkan kekonduksian elektriknya.
2.Di dalam industri, elektrolisis digunakan untuk menulenkan kuprum.
3.Dalam proses penulenan kuprum,
¤Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod.
¤Logam kuprum yang tulen dijadikan katod.
¤Elektrolit yang digunakan ialah larutan kuprum(II) sulfat.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
1.Rajah di atas menunjukkan alat radas yang digunakan untuk mengkaji penuluenan logam kuprum.
2.Apabila arus elektrik mengalir, kuprum tak tulen terlarut di dalam elektrolit.
3.Pada masa yang sama, logam kuprum yang tulen terenap di katod.
4.Dalam silibus SPM, anda perlu tahu
¤jenis elektrolit yang digunakan
¤elektrod manakah terletaknya kuprum tulen dan kuprum tak tulen
¤tindakbalas kimia di anod dan katod
​
Elektrolit: Kuprum(II) Sulfat: CuSO4 ---> Cu2+ + SO42-
Elektrod:
Anod: Kuprum tak tulen
Katod: Kuprum Tulen
​
Tindakbalas Kimia
​
Anod:
Cu ---> Cu2+ + 2e
1.In anode, the copper atoms from the electrode are ionised to form copper(II) ions.
2.Di anod, kuprum melarut ke dalam larutan.
3.Atom kuprum diionkan untuk membentuk ion kuprum yang terlarut di dalam larutan.
Katod
Cu2+ ---> Cu + 2e
1.Di katod Ion-ion Cu2+ terenap sebagai logam kuprum tulen.
2.Bendasing daripada kuprum tak tulen akan terhimpun di bawah anod.
​
​
​
​
​
​
​



