ELEKTROLISIS
-
Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
-
Bila satu sebatian ion yang ringkas dielektrolisiskan, logam terbentuk di katod dan bukan logam di anod.
-
Misalan dalam elektrolisis kalium iodida, kalium terbentuk di katod dan iodin terbentukdi anod.
-
Elektrod adalah rod-rod grafit atau kepingan-kepingan logam yang dicelupkan ke dalam sesuatu elektrolit.
-
Arus elektrik masuk ke dalam elektrolit dan keluar darinya melalui elektrod.
-
Anod ialah elektrod positif (ia disambungkan kepada terminal positif bateri).
-
Katod ialah elektrod negatif (ia disambungkan kepada terminal negatif bateri).
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
1.Elektrolisis berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui suatu elektrolit.
2.Suatu elektrolit mempunyai ion-ion yang bebas bergerak.
3.Semasa elektrolisis, ion-ion positif bergerak ke katod (elektrod negatif) manakala ion-ion negatif bergerak ke anod (elektrod positif).
4.Di anod, ion-ion negatif dinyahcaskan dengan menderma elektronnya.
5.Elektron-elektron itu mengalir ke katod melalui wayar.
6.Di katod, ion-ion positif menerima elektron-elektron dari elektrod dan dinyahcaskan.
7.Proses ini menyebabkan elektrolit diuraikan.
​
​
PERUBAHAN TENAGA SEMASA ELEKTROLISIS
​
-
Dalam proses elektrolisis, tenaga elektrik dialirkan ke dalam elektrolit bagi menghasilkan tindak balas kimia.
-
Oleh itu, semasa elektrolisis, tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kimia.
​
​
​
