top of page

FAKTOR PEMILIHAN NYAHCAS

PEMILIHAN NYAHCAS

​

1.Larutan akueus mempunyai lebih daripada satu kation dan anion di dalamnya.

2.Semasa elektrolisis, satu daripada dua ion di setiap anod dan katod itu akan dinyacaskan secara pilihan.

3.Faktor-faktor yang menentukan ion yang akan dinyahcaskan secara pilihan ialah:

¤Kedudukan ion dalam siri elektrokimia

¤Kepekatan ion

¤Jenis elektrod yang digunakan.

FAKTOR 1 : SIRI ELEKTROKIMIA

​

1.Siri elektrokimia merupakan senarai ion yang disusun mengikut tertib menaik bagi keupayaan untuk menyahcas di elektrod semasa elektrolisis.

2.Susunan ion-ion dalam siri elektrokimia adalah seperti yang ditunjukkan di dalam carta di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

​

​

​

​

​

​

 

3.Pemilihan ion dalam tindak balas kimia dalam satu elektrolisis larutan akueus adalah bergantung kepada kedudukan ion itu dalam siri elektrokimia.

4.Semakin rendah kedudukan ion itu di dalam siri elektrokimia, maka semakin mudah ia didiscaskan.

​

CONTOH: elektrolisis dalam larutan asid sulfurik

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

1.Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk mengkaji elektrolisis larutan asid sulfurik.

2.Karbon digunakan sebagai elektrod di anod dan katod.

3.Molekul asid sulfurik terurai dan membentuk ion-ion hidrogen dan sulfurik di dalam air

H2SO4 → 2H+ + SO42-

4.Di dalam suau larutan, molekul air juga terurai dan membentuk ion-ion hidrogen dan hidroksida.

H2O → H+ + OH-

5.Oleh itu, ion-ion yang hadir di dalam larutan asid sulfurik ialah H+ , SO42-, H+ and OH-

​

DI ANOD

​

1.Ion hidroksida dipilih untuk dinyahcas kerana ion-ion ini berada pada kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding ion sulfat.

2.Ion hidroksida lebih mudah membebaskan elektron untuk membentuk molekul air dan molekul oksigen.

3.Persamaan separa bagi tindak balas ini adalah seperti berikut:


4OH- → 2H2O + O2 + 4e


Pemerhatian:
Gelembung gas tak berwarna dan tak berbau dibebaskan. Gas ini menyalakan kayu uji berbara.

​

DI KATOD

​

1.Ion hidrogen menerima elektron daripada katod untuk membentuk atom hidrogen. Dua atom hidrogen bergabung untuk membentuk satu molekul hidrogen.

2.Persamaan separa bagi tindak balas ini ialah


2H+  + 2e →  H2


Pemerhatian:
Gelembung gas tak berwarna dan tak berbau dibebaskan. Apabila kayu uji bernyala diletakkan pada mulut tabung uji, bunyi `pop’ terhasil.

Perbincangan:
Di anod dan katod, ion-ion berada di bahagian lebih rendah dalam siri elektrokimia dipilih untuk dinyahcas.

 

Jika kepekatan sesuatu ion itu sangat tinggi, maka ion itu akan dipilih untuk nyacas, walaupun ia terletak di bahagian yang lebih tinggi di dalam siri elektrokimia.

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesimpulan:
Ion-ion yang lebih tinggi kepekatannya akan dipilih untuk dinyahcas.

Nota: Bagi elektrolisis asid sulfurik pekat, di anod, ion hidroksida berada di kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia. Bagaimanapun, ion klorida dipilih untuk dinyahcas kerana kepekatan ion klorida adalah jauh lebih tinggi daripada kepekatan ion hidroksida.

 

​

NOTA TAMBAHAN

​

  • Bagaimanapun, kepekatan ion hanya memberi kesan kepada ion-ion yang berada berhampiran di dalam siri elektrokimia. Jika sesuatu ion berada di kedudukan yang sangat tinggi di dalam siri elektrokimia (contohnya, natrium), ia tetap tidak akan dipilih dinyahcas walaupun kepekatannya adalah tinggi.

  • Rajah di bawah meringkaskan ion-ion yang mungkin dipilih untuk dinyahcas jika kepekatannya adalah tinggi.

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FAKTOR 2: JENIS ELEKTROD

​

Terdapat 2 jenis elektrod:

​

¤Elektrod lengai

Elektrod lengai hanya menyediakan suatu permukaan bagi pemindahan elektron. Ia tidak mengambil bahagian dalam sebarang tindak balas kimia semasa elektrolisis.. (Contoh: Karbon, platinum).

​

¤Elektrod tidak lengai

Elektrod tidak lengai ialah elektrod yang akan mengalami perubahan kimia semasa elektrolisis. (Contoh: Kuprum, argentum, merkuri).

​

​

  • Anod yang diperbuat daripada kuprum adalah tidak lengai jika elektrolit digunakan mengandungi ion kuprum(II) di dalamnya. 

  • Semasa elektrolisis, atom-atom kuprum dari anod mengion untuk menghasilkan ion kuprum(II). Akibatnya, elektrod kuprum yang merupakan anod terlarut dan jisimnya berkurangan.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

Join my mailing list

bottom of page